Hello hello you alls.

My boyfriend is Kim Hyun Joong.
Please don't take him away from me.
Oh, and welcome to my blog :)

what about me?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
I am a girl. Quite a lasak girl. I am usually quiet and seldomly loud,I am shy sometimes but I am always confident. I'm a little matured than my age I guess. I'm the type of person who don't always make the first move in everything and prefer others to approach me. LOVE foods, adventures, travel, and shopping. But I don't always do the latter one, since my plan now is to save my moolah! Pity me:( Okay, that's all. Oh, one more, I like to smile. :))

Followers

Sunday, August 8, 2010

my new baby :)

tuan-tuan dan puan-puan....
saya ada baby dah ni
baru dilahirkan kelmarin
sangat comel
eee gerrramm mak
tapi muka dia gelap sket
berat pun, tak berapa nak berat laaa
saya dah lama idamkan nak dapat baby
dapat juga akhirnya
nak tengok baby saya tak?
kejap saya upload :)


 

 

yes this is my baby
isn't it adorable?
I'd always wanted this.
remember i blogged about this before, the things that i wanna do?bla bla bla
yeah its one of those thing that I get now
next, Phuket. I will try my hardest to fulfill it :)

Love,
Yasmin
xoxo ;)

Thursday, August 5, 2010

rasa jakun kejap


jakun?pasai pa?eh eh aku terikut rumate aku punya slang plak.hehe.
aku jakun ni sebenarnye sbb dah lamaa sgt tak berjumpa ngan member2 skola, then ahad lepas, i went to see hanei and ika. 

we took some pictures,using hanei's slr. itu yang aku jakun sebenarnye.lama dah aku xbergambar, skali ada gambar cantik daaa trus mahu tunjuk.teheeheee

That's about it! I had great fun there. Thanks kesayanganku :)

Wednesday, July 28, 2010

Wa nak balik JB. Yeayyyyy

JB tempat kesayanganku, JB tempat lahirku, JB ada famili ku dan JB tempat yang selesa bagiku.

Dan aku akan bertolak pulang pada esok hari.!I am very damn much cant wait for this to happen.

Persetankan perjalanan yang mengambil masa 5 jam, persetankan itu. 

Aku hanya mahu pulang.

I hate this place, honestly.

Love, 
Yasmin

Sunday, July 25, 2010

its been a while. hello peeps!

hi hello apa khabar semua?ceh macam laaaaa ada orang tengok blog ni kan. tapi,apa aku kisah.lantaklah. fyi,selama-lama-lama niii aku tak update blog sebab: a.aku malas, b.aku busy naik semester baru, c.aku fed-up(dengan apa?) hmm,dengan semua yang ada di keliling aku. It feels like semua orang nak hukum aku, menyakitkan aku, mempertikaikan diriku dan macam-macam lagi. yea, mungkin aku paranoid sebab apa yang berlaku kat aku beberapa bulan yang lepas. Walau telah bermacam-macam cara aku cuba untuk atasi paranoia aku, ketakutan aku, ia masih berlegar-legar di kepala dan hatiku. Aku cuba berlaku baik terhadap semua, namun, dengan paranoidnya aku ni, aku rasa mereka hanya berpura. Dendam? Entahlah. Aku cuba tidak berdendam. Sejujurnya lah kan, aku hanya mahu lari je dari semua ni. Tiap-tiap hari yang aku lalui sekarang, pergi ke kelas, berjumpa dengan 'certain people',dengar gosip itu dan ini, membuatkan kebencian aku makin membara. Aku kini manusia yang sangat sensitif, dan ini bukan aku sebenarnya. Kenapa ia mengubah aku?eeee tak pahammlaaaaahhh!!

So right now, I'm tryna slow down a bit, distanced meself from the people and tryna mind my own business. and and striveee for the only thing I think I can focus on, which is my studies. AKU MASIH INGAT KAWAN-KAWAN AKU YANG LAMA DAN AKU AKAN SELAMA-LAMANYA INGAT DAN SAYANG DAN AMBIL BERAT TENTANG MEREKA, though aku hanya berdiam sahaja di sini. 

Oh,one more, lupa nak cakap, selama aku tak aktif di blog ini, aku telah buat account twitter. Baruuu je buat minggu lepas. But now, seperti yang aku cakap td, I tryna mind my own business, and I'm getting bored of people, sooo, i deactivated the account. hell yeah. cukuplah blog ini dan ym sebagai tempat aku meluahkan rasa.

Till then, Assalamualaikum.
You know you love me, xoxo (influenced by G.G :p )
Yasmin.

Saturday, June 19, 2010

Going Away


Honestly, I don't like being here. And I don't like being there too. It’s all just too much for me and somehow both of these places show my weak points, and I got hurt and sad by that. So, I was thinking, if I could, I would like to go to someplace where I can begin all over again without knowing anyone from my past. Should I do that? Yes, you'll see when I do that. I’ll go away and you'll never see me again, within a short period of time. I’m serious. Its not that I'll forget my past, but gaining new experiences and meeting new people will be a good thing for me since I'm no more worthy here and there. In fact, no one trusted me, right, so I should go. I should go to..to where? I have no idea. To the west perhaps? Perhaps.. Once I get the money, I’ll flyyyy awayyyy lalalaaa can’t wait. Really, I can’t wait for that. And I’ll come back with more dignity and beauty so that no one will argue with me ever again. HAHA.

p/s: my lips won’t stop cursing. I'm pissing off. fuckfuckvhgjkdfbshvshbgkjfd!

Monday, June 14, 2010

frust tahap gaban

hi.
mungkin ramai dah tau keputusan exam UiTM dah keluar minggu lepas. aku pun dah lama tau result exam aku (sejak minggu lepas la jugak) and aku frust tahap gaban dengan result aku ni.haihh


last semester aku frust sebab dapat result paling rendah aku pernah dapat sepanjang aku jadi student uitm ni iaitu 3.25 (result sem lepas). yang sem ni pulak lain macam frustnya. nak tau sebab ape?sebab aku tak mencecah target yang aku nak. mungkin aku terlebih confident pun ada sikit la, tu yang target result pun nak gempak-gempak. last-last aku keciwa jugak. 


satu lagi, result aku kali ni lebih kurang sama dengan result aku masa diploma, semua nak sipi-sipi je lagi, mesti tak kena target. geram betoiii. orang lain ramai je yang boleh buat gempak-gempak, apsal aku tak boleh eh?ish tak bersyukur la yasmin ni, tapi nak wat camne, kite jeles tengok kejayaan orang lain dan kite frust kenapa kite tak boleh buat macam diorang. salah ke kite jeles?? 


hah, satu lagi, masuk sem depan, aku dah kene duduk rumah sewa pulak, macam first sem dulu, dan tengokla hasilnya dapat 3.25, result paling rendah. macam mane ni.duduk rumah sewa lagi  la aku banyak mainnnn. dan makannnn. tehehehee


ok ini jela craps yang aku nak merepek kali ni. orait bye.


eh, aku tak bagitau lagi la result aku berapa. aku dapat 3.42. frust tak frust?aku target dekan! :(


ok bye.

Wednesday, June 9, 2010

Thursday, June 3, 2010

hmmmmmm,,,


there's so much going on in my mind, 

there's so much I wanna say

but I just can't.

because,because,

......hmm



I've tried living my life, as nice as I can,

avoiding problems

be nice to all

yet, what people see in me were my small mistakes

and thats all that matters

and just like that, they throw me away



as a person and as a friend, I tried trusting them,

accept all the weaknesses, and tried to always be there

the reason why people being harsh to me is because they don't expect friendship

I believed that

because..a friend doesn't leave their friend in bad situations

they stick with us no matter what



I admit, I'm not a good person either

but I tried to become one

yet, no one was giving me that chance

and thank you for that

I will never, never, never

trust a person

anymore


p/s: bosan sungguh duduk di rumah. semua serba tak kena.waduh waduhhh

Thursday, May 27, 2010

Idola Amerika




Sebagai peminat kepada rancangan bersiri Amerika iaitu American Idol, pagi-pagi tidak seperti kebiasaannya aku telah bangun untuk menonton persembahan terakhir dan mengetahui siapa pemenang tahun ni. Dewyze atau Bowersox?


 

Personally, I like Mama Sox much more than I like Lee. Lee nyanyi bagus, tapi Crystal nyanyi laaaagii bagus. I mean, if you really watched the show, you can see that Crystal is doing her best but Lee macam menyanyi gitu-gitu je, macam tak serius, mungkin dia nervous kot. 


So, when the winner was announced, and Lee won, I was like, what? Lee doesn't deserve this. Tapi, Amerika dah vote macam tu kan, nak buat macamane. Bak kata my dad, Lee is  handsome, he's good looking, he has a commercial voice, and many of his fans were provoked to vote for him because of the judges comments which favours more to Crystal. Lagipun, not all people, especially the young ones, likes Crystal's music, ya know wat i mean?ececeh macam Randy plak aku yo yo yo mennn ;)


Mungkin ada baiknya Crystal tak menang. Why? In the past few years, cuba kita tengok contestant2 yang masuk, and compare, the winners and the runner ups, who shines more and siapa lagi popular? yang the first few years macam kelly clarkson or carrie underwood doesnt matter la. Contohnya, tengok David Archuleta lagi banyak single dia yang popular dari David Cook. And and Chris Allen and Adam Lambert, siapa? eventhough Lambert shines more on the competition, Allen menang because of his personality. This time, its Crystal and Lee. Many comments that I read says that Lee will be forgotten in the future, but not Crystal. They also predicted that Crystal will be more successful than Lee. Maybe yes, and I hope so. Yang tak bestnya Crystal tak menang, aku tak dapat dengar single baru dia yang ' Up to the Mountain' tu.huwaaa. boleh menitik air mata dengar lagu tu.huhu


Yeah. So.


Aku just nak luahkan pendapat je tentang kuasa mengundi yang berleluasa kat amerika tu. Lagipun, kalau asyik nak tunggu buat benda best untuk menulis blog ni, memang jarang-jarang la aku hapdet.


One more thing, I'm planning to go to Phuket or Krabi on the end of this year. Siapa nak ikut??? Dua-dua tempat tu best untuk adventure activities. Cave exploration, canoeing, climbing. warghh. 

Kawan-kawan, help me decide please...


Phuket or Krabi?


Phuket?


Krabi?


Argh dua-dua best! Senang pegi je la dua-dua. AirAsia tengah promote hotseat sekarang, tapi stil mahal. Nak tunggu next promotion. Nak ikut tak?jom!


:)  :)  :)

Tuesday, May 25, 2010

the land below the wind

hello hello!
kembali saya menulis di sini setelah bergembira, bergambar dan bershopping sepuas hati di Kota Kinabalu teheehe.bessstttttt! dalam pengalaman kali kedua di sana, banyak lagi yang saya tengok, contoh, di Kinabalu Park, saya masuk botanical garden yang menempatkan banyak tumbuhan pelik-pelik and and dapat spend a night there viewing the magnificent Mount Kinabalu from the hotel room, fuhh cantik tak terkata. Di KK pula, saya dapat pergi Pasar Tamu or Gaya Street Market yang menempatkan bermacam-macam benda yang unik sekali. eh eh apsal macam karangan budak sekolah ye saya menulis ni?hehehe

Apapun memang best la gile gle punye best. Apa-apapun, saya akan menceritakan trip saya ini beserta dengan gambar :) Oh, all the pictures are courtesy of my brother. Saya tak pandai ambil gambar sangat.

JHB waiting for departure to BKI

I look fat here. But whatever, the view amazed me.

Sampai di BKI terminal 2 at approximately 12 pm, and started our journey at 1. Kota Kinabalu hujan that time, tapi di kaki gunung  tak hujan, so peluang yang ada, saya ambil gambar banyak-banyak la beb.hehe



 
Ha, ini kurus.teheeheheee ;)


Cantik sangat kan? Macam tak nak balik


 
 Suasana senja di kaki Gunung Kinabalu, at our room at Kinabalu Pine Resort.

Me and my family didn't visit any of the attractions the day of our arrival there, but the resort itself was the main attraction to us since it is surrounded by so many beautiful pine trees and a very fine landscaping. Plus, our room has the best view of Mount Kinabalu and I sat there for hours in our balcony just watching the mountains. Sangat sangat cantik. 

 
Tengok, melaram habis nak ambik gambar :D


 
Lepas breakfast, jalan-jalan di kawasan resort, 
penting ye, sebab nak ambik gambar puas-puas :)


 
 The resort's dining place. Magnificent.


 
 Sempat tangkap gambar adek-beradek



 Family picture pun sempat juga :)


Puas bergambar di Kinabalu Pine Resort, kami check-out from the hotel, and went straight to Kinabalu Park. Dah lama rasanya tak dapat breath a very fresh air. Kalau saya duduk sini mesti sihat walafiat badan saya. Sayur-sayur, buah-buahan semua gemuk-gemuk. Geram je tengok. Tapi harga, mahal.


Khusyuk tengok tumbuhan pelbagai rupa

Gambar atas dan bawah ni di Botanical Garden, Kinabalu Park. Tengok macam-macam spesies pokok ada and semua tumbuh cantik je. Kalau kat rumah yang my dad bela, bunga kecik-kecik je semua, tapi kat sini MasyaAllah, sangat sihat.

gila bergambar.tempat cantik beb


Pokok orkid yang belum berbunga bersama bunga melur 
(haha thats my name! melur=jasmine=yasmin hehe)


belalang my friend

Habis berjalan di Kinabalu Park, we headed to the city and find our hotel. We checked in at Garden Hotel and rested for the evening. Later that night, we all pergi makan seafood. Mahal, tapi worth it la. Haha picture tak ada sebab tak sempat nak snap, semua dah kebulur.

Then on the 3rd day, we went to the island, kami pilih Mamutik island instead of Manukan. Coz masa saya pergi last year, Manukan Island's corals are mostly dead and there's not much of fishes there. So, based on my experience tu la we chose Mamutik and had a nice picnic and snorkel until evening. Mula-mula my dad kata tak payah la nak snorkel, kita mandi-mandi je. Then lepas pujuk dia, he agreed and when he had his first experience snorkeling, terus dia kata "Lepas ni kita beli je lah snorkeling set, so tak payahla susah-susah nak sewa those equpiment, mahal".And then terus planning nak pegi Redang, Perhentian blablablabla. Hahaha 


Mak excited naik boat.



Pantai yang indah



I'm on top of the beauty pyramid,its just a statement, truth is, I'm not. 
I'm just an ordinary person:)

Di malam hari ketiga ni pula, kitorang pergi makan seafood juga, tapi yang jauh lagi murah daripada yang yesterday punya. Makan ikan bakar kat Pasar Filipina. Sedap gila makan ikan dia semua fresh. Bila teringat balik, terliur pulak, and makan masa tu macam tak ingat dunia.lol.
 
Fourth day, before bertolak balik, we went to Gaya Street Market or Pasar Tamu to get a glimpse of the culture there. Kat sana banyak jual souvenirs la, and my dad asyik hilang je. Tak pernah nampak dia excited terlebih nak shopping. Selalu dia yang merungut sebab penat tunggu me and my mum shopping. Tapi kat sini dah terbalik. lol


musicians playing local music





Last picture before headed to airport
Overall, our trip went smoothly. Tak dapat backpacking dengan my friends the other day terubat juga bila dapat ke sini lagi. Adios. Saya nak datang lagi, nak panjat Gunung Kinabalu pula and nak pegi Sipadan island. Peace out!

Wednesday, May 19, 2010

now I knew

 
now i knew
what everyone was talking about
a true meaning of friendship
which is,
a true friend will stay with you no matter what
and a fake friend will stay with you only WHEN YOU ARE HAPPY.
Now I knew.

So,
this is me, now
searching,
waiting,
observing,
and of course, always be kind and forgiving.
huh.


baiiii the wayyyyyyyyy... *senyum balik* :)
tomorrow I'll be going to KK for a 4D3N trip with my family.
we'll spent one night at Kundasang and 2 nights at Kota Kinabalu
This is my second trip after last year's backpacking trip with my friends.
It was a wholesome awesome trip I'll never forget!
Here comes the picturesss! :)





the view of Mount Kinabalu. Hey, I'll see you tomorrow! :)


At Kinabalu Park


A picture with the replica of Rafflesia


On the way to Padas River. Sadly, I am not going there this time :(


Right before white water rafting



After WWR. It was FUN!


memomemomoomoo


hanging out in the city


On the boat at Tunku Abdul Rahman Park



yeahhh i'm gonna go there again.
love it love it love it!
byee mmmmuacks! ;)

Friday, May 14, 2010

duduk memerap di rumah

hmphh

Bosan bosan dan bosan.
Itu yang dapat aku katakan sekarang
Sejak ahad haritu aku balik rumah, sehingga ke harini,saat ini, aku asyik memeerap je.Bosannye..


Patutnya tadi ada swimming date dengan kawan, tapi last minute cancel sebab hujan. Aku dah kemain excited dah kemas beg, pakai swimming suit, siap tunggu depan rumah lagi.Sekali hujan, then terus cancel tsk tsk :'( Ingatkan kalau jadi pergi swimming tu ada lah jugak benda aku boleh update kat blog ni, tapi dah tak jadi.haih..

So, bila dah bosan-bosan begini, lagi-lagi bila tengok Malaysia teruk kena belasah dengan China dalam Thomas Cup, jadi aku pun pergi la search benda pelik-pelik dalam internet ni. Gambar sahaja ye. Tengoklah.
 
 Sekarang semua benda pakai teknologi. Nak parking kereta kat garage pun pakai teknologi camni. Hebat tak?


  
Bestnya kalau rumah aku ada swimming pool camni. *berangan-angan*
  
Ni aku tak tau nak cakap apa. haha bosan kan bosan. saje je letak.


Oklah bye.
BOSANNYAAAA!gajdshsadkw37ifbvc

Monday, May 10, 2010

Mother's Day celebration

Saya sudah pulang!!
Yeay!

Happy Mother's Day emak!
Semalam Mak kena prank.hehe. I knew yesterday was a Mother's Day, jadi sehari sebelum semalam, I wen to Sunway to buy a gift for my mom. Cari-cari kat kedai gifts jumpala sebuah mug yang comel yang tertulis 'The Best Mother'. So, beli la yang tu.


Then, semalam dalam bas, on the way to JB, mak call me, and said "Angah, tak ingat ke harini hari apa?" and I said, "Tak, harini hari ape?" buat-buat tak tau padahal dah nak tergelak dah. hihihi jahatkan I.

Sampai JB je, abah ambik, then go straight to a supermarket where mak and uda did some grocery shopping. Mak masuk je dalam kereta, terus I wish her and bagi die hadiah tu. Dia pun bukak, and then ada some words inside the mug yang I suruh mak baca. Tapi mak rabun plak tak nampak. haihh. Aku bacakan, then boleh tersebak pula, sehingga menangis. Mak pun menangis sekali. iskiskisk. Terharu agaknye. Rasa macam nak tulis, but terasa malas pula nak angkat punggung ni ke dapur untuk ambik mug tu. hehe

Ok, then balik rumah, lepas catching up with all the gossips, I cooked Butter Prawn for my family, to celebrate Mother's Day. Boleh tahan laaa sedap kan. Sekali lagi, malas mahu ambik gambar. Lainkali I masak I ambik gambar la k ;)

Yeah, so thats all for my mother's day celebration. How's yours?

Thursday, May 6, 2010

emotional breakdown

I'm having an emotional breakdown today.
Actually, since yesterday.
But today's the worst.
I slept all day long.
I didn't answer any calls
I didn't eat.
I didn't tell anybody about my problem.
oh, I did, I told my bestfriend.

After woke up from a long long sleep,

Everybody is calling me
And I got a message from my brother
"Angah, even if you have a problem, please answer mum's call.
She's crying coz she's so worried about you"
 
Suddenly my body can't stop moving
I lost control
And I cried
Cried, cried and cried
I felt so guilty for letting them worrying about me
I'm sorry, Mak
I'm sorry Abah
And I'm sorry everybody.
I called them all, and I said I'm sorry.

And I can't stop crying.


:'(


Wednesday, May 5, 2010

terasa lega teramat


Hai kawan-kawan,

Hai adik-adik dan hai abang-abang (amboih gatai la kakak-kakak takde plak kau panggil) 
Ok. hai kakak-kakak sekalian.

Hari ini saya berjaya buat apa yang saya dah lama idam-idamkan untuk buat. Iaitu men-deactivate-kan account facebook aku. Hebat tak hebat tak? Bagi korang mestilah biasa je kot, bagi aku, aku kena ada courage untuk buat benda ni.

Kenapa kau deactivate facebook?
Haaa. Aku malas. Malas dah. Facebook tu makin lama menjadi tempat orang untuk bergaduh je daripada untuk bersosial. Kalau tak puas hati sikit, facebook, marah dengan orang, maki kat facebook. Nak emo-emo, facebook, Semua dah macam depend dekat facebook je untuk meluahkan perasaan. Blog kan ada. Tengok macam aku ni, luahkan semua kat sini. (Puji diri-sendiri nampak?) teeheeeheee ;)

Yaa. mungkin tahun depan ke kot aku bukak balik facebook aku tu. Mungkin, InsyaAllah. Sejak kemunculan facebook ni jugak lah, pointer aku turun. Susah aku nak belajar kalau masa belajar tu buku dekat depan tapi tak dapat concentrate langsung. Ada comment je,  menggelabah kau nak tengok, ada notifications je suke. Eei gedik la Yasmin ni. haha.

Blog ini seperti yang aku letak dekat header di atas, aku jadikan satu tempat untuk aku meluahkan perasaan, tapi dengan cara kiasan. Mana boleh betul-betul beb kang ada dinosaur, mak dinosaur, gajah, rimau, singa, segala macam binatang attack aku. ;) Ya, dan sesiapa yang terasa tu minta maaf lah, ini perasaan aku dan apa yang aku tulis hanya perasaan aku. Tak perlu la kau buktikan betul ke salah ke kan dan kesahihannya hanya Tuhan yang tahu. Itu yang aku nak tegaskan. 

Bukan semua orang perfect. Bila kita dah tau kita tak perfect tu kita cepat-cepat perbetulkan, tapi bila orang dah tak nak terima, nak buat macamane kan kan? (eh tetibe emo ni pesal?) 

Jadi, tak perlulah kau nak kecoh-kecoh atas cara penulisan aku yang kontroversi ni, cewah, aku rasa aku boleh jadi wartawan la. Tengok entri aku cita-cita aku ............ ok?

Till then, bye bye :)

p/s: tak sabarnya nak balik rumah. Nak pegi Sabah, nak makan masakan mak.aaaaaaaaaa

counting days

I'm weak.
Very weak.
Yup, I've been going through hell these days.
FFFF.
4 days to go...

Tik tok tik tok.
It's too slow.
Norendah, help me. :'(

Tuesday, May 4, 2010

.......


hgrkguhslddiosafjgkjjfjf.

tu bahasa aku sendiri, kalau korang rasa korang paham baguslah. aku geram gila tadi tak dapat jawab paper f&b. grrr hjdshfi fdggfsfsahddahfjg grrr grr grr aumm. eh eh ter aumm plak.kehkehkeh :D


balik bilik, try pulak nak buat test destination planning aku yg tergendala, tak boleh jugak. lagi la dgfklfjsfdagysadlhdf. Siot.

Semalam sebelum tidur, tiba-tiba aku teringat masa kecil-kecil dulu , masa sekolah rendah, darjah 1. Cikgu darjah aku tanya,"Yasmin, bila awak dah besar, apa cita-cita awak?" dan aku menjawab dengan kondifennya "Saya nak jadi wartawan, cikgu". Erkk, aku pun pelik, kenapa aku jawab aku nak jadi wartawan eh? Padahal setahu aku, aku ni takde langsung ciri-ciri seorang wartawan. Dengan perangai kau yang susah nak berkawan, pendiam, orang kata sombong, nak jadi wartawan ke?haha tiba-tiba terpikir balik. Nak kata ambil course mass-comm pun tak jugak. Kenape ek?


Aku rasa sebab utama yang menyebabkan aku cakap aku nak jadi wartawan ialah kerana aku suka tengok cara-cara pembaca berita dan wartawan bercakap depan tv. Macam best je kan, dengan cara make-up diorang, pastu diorang sebut setiap patah perkataan dengan sangat jelas dan aku macam WOAHHH sangat kagum. Sebab kedua pulak, masa cikgu tanya tu, aku tengok kawan-kawan aku yang lain semua cakap nak jadi lawyer, doktor, lawyer, doktor, pilot. BORING.haha bagi aku boring la sebab aku memang tak suka yang benda-benda yang saintipik sangat dan yang terlampau membaca sangat. *hmm hmm* nak kate course kau paling ok la kan?


Haha berbalik kepada apa yang aku nak cakap tadi pasal cita-cita aku, memang la apa yang aku cita-citakan tak tercapai, tapi sekarang aku dah ada satu landasan baru yang aku rasa konfiden la jugak untuk dijadikan kerjaya aku in the future. Bila aku dah masuk bidang ni, aku rasa eee banyaknya benda yang aku nak capai! Banyaknya cita-cita aku! Antaranya ialah (tengok gambar-gambar ni dulu):







  1. Panjat Gunung Kinabalu. Kinabalu cukuplah, nak pergi Everest takde duit.
  2. Buat semua, semuaaa adventure aktiviti dekat New Zealand. Especially White water rafting dan bungee jumping.
  3. Jadi minah rempit. (ha?) hey hey hey jangan pikir bukan-bukan haaa aku nak bawak motor yang besar-besar tu sangat kool weyh!
  4. Beli satu kamera DSLR dan mengembara satu dunia.
  5. Masuk dan pergi pelbagai nature-adventure activities yang ada dalam dunia. Pehh kalau dapat ni.
hah besar-besar aku letak. Inilah cita-cita baru aku. Agak-agak, berjaya tak aku buat semua ni? Moga-moga tercapailah. *wondering dan berangan-angan* :)

Monday, May 3, 2010

new update!

hmmm...

hmmmmm..

hmmmmmmmmm..

sebenarnye tak tau lah ape nak ditulis sekarang ni.
tapi sebab nak update gak si belog ni, saya menulis jugak.teehee. :)

esok, eh, cop. harini aku ada exam pukol 9 pagi. Paper Food and Beverage Cost Control HTH 485, ececeh nak jugak cakap kod die yasmin yasminn..

ok ok. bukan ape, saya ni maaaaalas sangat nak study. Impian nak gah je, nak dekan, nak naikkan pointer, tapi belajar malas. tidur memanjang, BOF memanjang, BLOG window SHOPPING memanjang.adoyaiiii. :D

HAHA.tengah gelakkan diri sendiri ni. Yasmin, semangat puhleaseee???
cepatla hafal benda-benda alah f&b tu.bukan susah pun.esok kau tak boleh jawab kau yang down. Nanti bila dapat pointer kau jugak menyesal kenape kau tak belajar betul-betul.
Padahal masa banyak je.

*Masalahnye malas tau tak malas??*

Arghhhh. Lawan-lawan.

Katil yang tengah memanggil-manggil tu, hiraukan je.
Ok?

Orait. Start. Now!!

Monday, April 26, 2010

blogshopping;new addiction! :)


I have a new addiction y'all! Walaupun benda ni dah berkurun-kurun orang lain buat, tapi aku baru je get addicted to it. :D Baru-baru ini aku terjumpa satu blog ni i.cloth nama dia. OMG. Banyak gila, i mean, banyak gila baju-baju yang memenuhi taste aku.haha. Mulalah aku menglistkan items yang aku suka. List punya list, tengok-tengok ada 7-8 cloths and dresses and pants and jackets and sweaters yang aku minat. Tengok harga semua, murah gila ok!average dalam RM29-RM55 je every item. Mana tak rambang mata!haha. Mesti korang ingat aku ni jakun kan baru tengok online boutiques ni.haha. Baru nak start. Haha.

Setelah ditapis-tapis barang-barang yang mahu dibeli dengan bertanya kepada diri sendiri; nak ke tak nak baju ni eh? baju ni sesuai tak nak di-mix and match dengan baju-baju aku sekarang? Aku dah ada ke style baju camni? (sebab kalau dah ada, nak try style lain) dan cukup tak dengan bajet aku sekarang?(dah la duit takda nak borong baju banyak-banyak!)haha lawak sungguh aku ni.okey yasmin, stop it.

So, pilih punya pilih, my selection has been narrowed down to 3 items, which is a sweater, a classy brown jacket and a t-shirt. Ni ha apa yang aku decide nak beli. Dah beli dah pun. Cuma belum sampai je :)

Malas mahu edit. nah, aku beli yang the dark blue one there :)



I took the black one. Nak ganti sweater ku yang dah 4 tahun tak bertukar ganti.


And........this is the item yang aku sangat bangga dapat beli. Adore it very much!


Classy dark brown jacket.

Nak tau harga?check la sendiri website dia. Haha saja mempromosikan mereka. Sebab mereka sangat effisien. Terima kasih nanti saya beli lagi :))