Hello hello you alls.

My boyfriend is Kim Hyun Joong.
Please don't take him away from me.
Oh, and welcome to my blog :)

what about me?

My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
I am a girl. Quite a lasak girl. I am usually quiet and seldomly loud,I am shy sometimes but I am always confident. I'm a little matured than my age I guess. I'm the type of person who don't always make the first move in everything and prefer others to approach me. LOVE foods, adventures, travel, and shopping. But I don't always do the latter one, since my plan now is to save my moolah! Pity me:( Okay, that's all. Oh, one more, I like to smile. :))

Followers

Saturday, March 27, 2010

Malam Dikir Barat


hello! this is me me me me haha i'm funny with this look :P

24th march is a memorable day for me.
First, i lost my 2 handphones :((. Bad memory.
Second, me and the tourism girls won 3rd place for dikir barat. yeayy! awesome!

these are the pictures from the night of the competition. enjoyy~ :)





during our performance.look at me, semangat tak??haha


group picture


with the Sweet Tourism Boys dikir group. They won 2nd place. Congratulations to them :)


me and friends





i love this one!


:)


Thursday, March 25, 2010

hanpon hanpon

aku hilang hanpon aku semalam
sedih tak terkata
tapi nak buat macamane, aku juga bersalah.
aku sangat cuai.
yasmin cuai,bodoh,sengal, stupid dam dam!

dah la DUA hanpon hilang
salah satu baru lepas repair, berhabis RM130

sedih sedih
tapi tiada siapa mententeramkan diri aku.

aku tetap begini
keseorangan walaupun pada luarannya tidak nampak begitu.

Wednesday, March 24, 2010

kenapa?

kenapa kebelakangan ni aku rasa sangat jauh dengan kawan-kawan aku?

kenapa?

jealous much?ye, aku JEALOUS!

dan aku juga sedih, berseorangan di sini.

:(

Sunday, March 21, 2010

minggu yang hebat telah berakhir, giliran ranjau dan duri pula mendekatiku



haih haih. bak kata keluhan orang korea, aigoo aigooo.

this weekend di rumah tersangatlah best. rasa macam bertahun-tahun pula tak balik.heheh. aku buat apa ye kat rumah?hmmm. balik ari khamis aritu, tengok tv, american idol yang dirindui. pastu-pastu online, TIDO AWAL, perlu ye huruf besar tu sebab aku dah lama tak tido awal. asyik tido kol 3 pagi je. aigoo aigoo.

hari jumaat pagi pegi amik replacement ic kat JPN. Masa amik ic tu pun ada masalahnye. Disebabkan ic aku hilang 2 minggu lepas, aku terpaksa bayar RM 100 kat JPN before amik ic baru aku tu.

aku: Selamat pagi encik, saya diarahkan oleh staff department pengambilan ic untuk jumpa encik, katanya dia suruh saya minta pengurangan bayaran hilang ic.

Encik Ilyas: Oh, apa sebab awak nak minta pengurangan ic? Awak ada surat sokongan ke nak mintak-mintak pengurangan?

aku: Saya ni student encik, saya ada report polis dengan saya.

Encik Ilyas: Itu tak cukup, apa bukti awak student? awak ada bawak kad pelajar ke? ada surat sokongan mengatakan awak student ke?

aku: takde encik. kad pelajar saya tak bawak, ada kat rumah. Takpela encik, saya bayar full je lah.

Encik Ilyas: ehhhh.mahal tu kalau awak nak bayar full. RM 50 macam-macam boleh beli.) *tak bagi la pulak aku nak bayar full, haih orang tua ni*

(pastu dia terus pegi amik satu borang, isi borang tu, mintak nombor kad pelajar aku. Settle!)

aku: Terima kasih banyak encik *dengan nada yang gembira tapi control2*.hehehe.

(Saja je nak takutkan aku padahal senang je dia nak bagi)

balik rumah, tunggu kedatangan ku mohd danish zhafran datang ke rumah, kata mak hari jumaat hari terakhir mak jaga dia. tunggu punya tunggu sampai kol 12.30 pm tak datang-datang. aku da risau, mana zhafran ni mak? pastu tiba-tiba ibu si zhafran ni sms mak, kata dia tak hantar zhafran harini..wahh sedihnya aku balik nak jumpa zhafran, skali dia tak datang. Then, mak call ibu dia, cakap "nak pinjam sekejap boleh tak?anak akak balik dari shah alam ni haa nak jumpa zhafran tu." *aku dah malu-malu time tu* wakaka.

5 minit kemudian zhafran datang, tapi dia tidur la pula. abah and abang cik kacau-kacau, cium-cium, gomol-gomol pipi dia, terus dia terbangunnn. giliran aku pulak untuk buat apa yang abah and abang cik buat tadi.hehe. i took some of his pictures for memories and recorded a video of his laugh too! tapi kan aku yang bodoh lagi sengal ni terdelete pulak video tu.hish*marah diri sendiri.


budak ni tak reti duduk diam, sebab tu gambar goyang-goyang .hehe

I'm gonna miss him a lot :(
okay,

sabtu, setelah puas tidur, aku keluar dengan arlyn and enda. pegi tengok movie cerita 'The Haunting in Connecticut'. Sumpah seram gila wey, macam paranormal activity pun ade, dah la true story. Malam, sambut birthday abah in advance, patutnya hari isnin, tapi sebab aku nak balik esok..kitorang pegi makan, pegi rumah pakcu lepas tu balik rumah suruh abah tiup lilin, makan kek, and bagi abah my present- a jersey of his favourite team, Arsenal. He looked so happy :)



Ahad-balik. baru sampai puncak alam lah ni.hadui bosannnn! bye heaven hello tough days ahead!