Banyak sangat cerita
Banyak yang saya mahu kongsi sama kamu.
Banyak kegembiraan dan kesakitan saya telah rasa.
Banyak perkara yang saya rindu.
Banyak sangat kenangan yang mahu saya ulang semula di sini.
Sebanyak-banyak ini semua
telah membuatkan saya selalu gusar.
Dan risau.
Dan menangis.
Saya rindu
kawan-kawan saya,
kawan serumah saya,
kawan segosip saya.
Yang saya rasa saya telah semakin jauh dari hati mereka.
Maaf sudah di pinta
Tegur pun sudah.
Tetapi makin hari makin jauh jua.
Apa yang perlu saya buat untuk mengakhiri kemelut ini?
Ingin menangis
tak guna
Nanti dipanggil cengeng.
Ingin mengadu
Tiada siapa mendengar.
Perasaan saya tak penting
dan perasaan kamu saja yang perlu dijaga.
bukan begitu?
Sehingga ke satu tahap
saya akan bosan dengan semua ini
dan saya tidak akan ada perasaan lagi
langsung
Mungkin yang sebaiknya
Saya harus menjadi kuat
Kuat melawan perasaan yang melemahkan saya
Jadi seorang yang tak berpihak kepada sesiapa
Jadi seorang yang boleh berdikari tanpa mengharapkan bantuan
Jadi seorang yang memahami situasi orang lain
Jadi seorang yang cepat memaafkan
dan
Jadi seorang yang tidak mengungkiti sebarang budi baik yang telah diberikan
Buat kali terakhir
Jika saya tersalah, tersilap, tersinggungkan hati kamu
SAYA MINTA MAAF
:)
p/s: kawan-kawan di JB, saya merindui kamu. Jumpa nanti di sana ya!